Selasa, 25 Jun 2013

Kegunaan dan Aplikasi Utama MyKad

1 comment
1. MyKad sebagai Kad Pengenalan


MyKad menyimpan maklumat-maklumat seperti: 
- Nama
- Alamat
- Bangsa
- Status kerakyatan
- Agama (bagi yang Gambar beragama Islam)
- Minutiae cap jari

MyKad memasukkan minutiae cap jari anda ke dalam cip dan ini membolehkan pengesahan cap jari dilakukan secara tepat dan terperinci dengan menggunakan alat pembaca MyKad.




2. MyKad sebagai dokumen sah lesen memandu



Maklumat lesen dalam cip seperti tarikh luput, jenis lesen dan kategori lesen pemilik dapat dibaca menggunakan alat pembaca MyKad yang dibenarkan seperti alat Pembaca Kad Mudahalih, Pembaca Kad Mini atau Kiosk.
Penggunaan aplikasi ini boleh menggantikan sepenuhnya penggunaan lesen laminated sedia ada. Pihak penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia telah dimaklumkan tentang aplikasi ini.
Pembaharuan lesen memandu dalam MyKad boleh dibuat di seluruh cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan di cawangan Pejabat Pos* tertentu.


* Untuk maklumat lanjut sila hubungi PosLine 1-300-300-300 atau kunjungi cawangan Pos Malaysia yang berdekatan.



3. MyKad sebagai Passport


 Maklumat pasport seperti tarikh sah laku dan nombor siri pasport boleh dimasukkan ke dalam MyKad untuk urusan keluar dan masuk di pintu kawalan Imigresen Malaysia dengan menggunakan laluan “Autogate”.

MyKad tidak menggantikan pasport sepenuhnya. Pasport masih perlu dibawa untuk perjalanan antarabangsa. Kemasukan oleh penduduk Semenanjung ke Sabah dan Sarawak juga telah dipermudahkan dengan menggunakan MyKad untuk tujuan pendaftaran masuk tanpa perlu mengisi borang.



 4. MyKad sebagai Prasarana Kekunci Awam



Aplikasi Prasarana Kekunci Awam (PKI) memuatkan Sijil Digital dan Kekunci Per-sendirian di dalam MyKad. Sijil Digital ini membolehkan empat transaksi dilakukan secara elektronik seperti:

Pengesahan - orang lain tidak boleh menyamar sebagai anda
Pembuktian - tandatangan digital sebagai bukti sah transaksi
Sulit - Maklumat sulit boleh dienkrip sebagai sulit
Integriti - tiada pihak ketiga boleh mengubah sebarang maklumat

Sijil Digital boleh digunakan untuk urusniaga e-Dagang. Anda boleh menghubungi MSC Trustgate atau DigiCert bagi membolehkan MyKad berfungsi sebagai Sijil Digital. Antara agensi yang menggunakan aplikasi ini ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan e-Perolehan.

Aplikasi

Untuk menggunakan MyKad PKI, sila ikuti tiga langkah mudah berikut :-
1. Mohon MyKad di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran.
2. a) Untuk mengaktifkan fungsi PKI, bawa bersama MyKad anda ke pihak berkuasa Pensijilan Berlesen (CA) atau pejabat pihak berkuasa ejen (AA) untuk memohon Sijil Digital anda, pembaca kad dan perisian PKI. Bayaran untuk mengaktifkan PKI akan dikenakan oleh CA dan AA.
atau;
b) Laksanakan fungsi PKI anda melalui Internet. Jika anda telah mempunyai pembaca kad dan perisian PKI, anda boleh memohon Sijil Digital anda secara online di laman web mana-mana pihak berkuasa Pensijilan Berlesen (CA).

Kegunaan

1.E-mail
2.E-perbankan
3.E-bursa saham
4.E-pembayaran bil
5.E-berbelanja
6.E-perkhidmatan awam atau,
7.Kesemua perkhidmatan yang boleh menggunakan MyKad PKI

Daftarlah dengan laman web yang sesuai yang menerima MyKad PKI.
Sebaik sahaja berdaftar, anda boleh menggunakan MyKad PKI anda untuk enkripsi dan / atau menandatangan.


5. MyKad sebagai Kad Transit (Touch & Go)



Touch ‘n Go adalah aplikasi dompet elektronik yang menggunakan ciri contactless. Aplikasi ini digunakan untuk pembayaran kerana ianya cepat dan mudah dan boleh digunakan di tempat seperti:-
-Plaza tol lebuhraya
-Pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), RapidKL
-Tempat letak kereta
-Taman tema

Tambah nilai Touch ‘n Go boleh dilakukan di plaza tol, stesen LRT atau di mesin ATM yang mempunyai logo Touch ‘n Go.

* Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Touch 'n Go di alamat berikut www.touchngo.com.my

 



6. MyKad sebagai Dokumen Kesihatan



Maklumat asas kesihatan seperti jenis darah, alahan, organ implan, penyakit kronik dan maklumat waris atau ahli keluarga terdekat boleh dimasukkan ke dalam cip MyKad.

Kemasukan maklumat asas kesihatan boleh dibuat di hospital dan klinik yang terlibat di dalam projek Aplikasi Perdana Telekesihatan di Hospital Putrajaya dan Serdang.

Maklumat ini dapat membantu doktor dan paramedik untuk memberi bantuan perubatan semasa kecemasan.

* Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-88831072 atau kunjungi hospital dan klinik yang terlibat.



7. MyKad sebagai e-Tunai



Aplikasi dompet elektronik di dalam MyKad. Urusniaga MEPS Cash membolehkan anda membuat bayaran tanpa tunai untuk jumlah tidak melebihi RM2,000. Tambah nilai e-Tunai boleh dilakukan di kaunter-kaunter tambah nilai MEPS Cash dan mesin ATM. Pembayaran boleh dibuat di mana-mana kaunter yang tertera logo MEPS Cash.

Kelebihan MEPS Cash

Bagi para pengguna:-

•Menggantikan wang kertas dan syiling
•Bayaran tepat untuk nilai belian
•Tidak perlu tunggu baki wang
•Lebih mudah dan cepat
•Tidak perlu PIN
•Diterima di premis perniagaan dan juga pembayaran di internet
Premis perniagaan yang menerima bayaran MEPS Cash dapat mengurangkan risiko pengurusan tunai (rompakan, kecurian, dsb) kerana ianya dikreditkan terus ke akaun bank.



8. MyKad sebagai Kad ATM



Apakah ATM MyKad?
Kemudahan ATM merupakan salah satu daripada aplikasi komersil yang terdapat dalam MyKad. Melalui kemudahan ini MyKad boleh berfungsi sebagai kad ATM bank yang boleh menjalankan urusniaga perbankan seperti pengeluaran wang, pertanyaan baki, pemindahan wang, penukaran nombor PIN, dan lain-lain urusniaga atau kemudahan seperti mana yang diperolehi melalui ATM BANKCARD.

Kenapa mesti bertukar kepada ATM MyKad?
MyKad menggunakan teknologi cip yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Teknologi cip menggunakan pengesahan biometrik dan melalui proses enkripsi untuk melindungi data yang disimpan di dalam cip.Proses capaian dijalankan dengan menggunakan ‘Secure Access Module’ (SAM) untuk menjamin keselamatan data tersebut yang dilindungi sepenuhnya daripada sebarang pemalsuan dan pengklonan. Anda boleh memasukkan sehingga tiga akaun bank berlainan dalam MyKad. Pemegang MyKad boleh memilih untuk mempunyai tiga akaun bank utama dalam satu kad bagi kemudahan dan keselesaan urusniaga perbankan.

Bank manakah yang terlibat?

Semua bank adalah bertanggungjawab untuk menaik taraf terminal ATM mereka untuk menerima MyKad. Pemegang ATM MyKad boleh menjalankan urusniaga perbankan di mana-mana terminal ATM yang mempunyai logo MyKad.

Terdapat 5 bank pengeluar iaitu:-
CIMB (1-300-880-900)
Citibank (03-23830000)
Maybank (1-300-88-66-88)
Public Bank (1-800-88-3318)
Bank Islam (03-26989608)

Bank pengeluar adalah bertanggungjwab untuk mengaktifkan akaun dan menambah Nombor Akaun Utama (PAN) serta keunci keselamatan ATM ke dalam cip MyKad.


Sila hubungi nombor telefon yang tertera di atas atau cawangan bank berkenaan yang terdekat untuk maklumat lanjut berkenaan proses pengaktifan kemudahan ATM ke dalam MyKad.



9. MyKad sebagai Kad Frequent Travellers Card (FTC)



MyKad boleh digunakan sebagai Frequent Travellers Card (FTC) bagi kemudahan perjalanan keluar masuk ke sesebuah negara tertentu secara berulang-alik dengan menggunakan MyKad sebagai dokumen perjalanan dan passport masih perlu dibawa.

Buat masa ini kemudahan ini hanya dilaksanakan secara perintis antara Brunei dan Malaysia khusus untuk pemegang MyKad di Sarawak.

Kebaikan penggunaan FTC
1. Memudah dan mempercepatkan urusan pemeriksaan Imigresen.
2. Mempertingkatkan kawalan keluar masuk dengan lebih berkesan secara elektronik melalui kaedah pengesahan biometrik.
3. Tidak perlu mengisi sebarang borang.
4. Mengurangkan cop keluar masuk dalam passport.

Kelayakan Untuk memohon FTC
1. Warganegara Malaysia yang memiliki MyKad versi 64k.
2. Mempunyai passport antarabangsa Malaysia yang masih mempunyai tempoh sah laku tidak kurang 3 tahun.
3. Mempunyai rekod perjalanan keluar masuk ke Brunei tidak kurang dari 5 kali sebulan.

Syarat-syarat penggunaan FTC
1. Kemudahan FTC buat masa ini hanya disediakan untuk perjalanan keluar masuk melalui pusat Imigresen Sg. Tujuh, Miri di Sarawak dengan Sg. Tujuh,Kuala Belait, dan Brunei.
2. Tempoh sah laku kemudahan ini adalah selama 2 tahun.
3. Tempoh setiap lawatan ke Brunei adalah bergantung kepada kelulusan oleh pihak Imigresen Brunei.
4. Untuk perjalanan pertama setelah MyKad diaktifkan dengan kemudahan FTC, pasport perlu dicop terlebih dahulu bagi setiap tempoh kebenaran masuk.
5. Resit yang dikeluarkan semasa memohon FTC hendaklah disimpan dan dibawa bersama sepanjang lawatan ke Brunei.

Sumber : http://www.jpn.gov.my/informasi/aplikasi-utama

1 ulasan:

  1. Kegunaan Dan Aplikasi Utama Mykad ~ Rongaktech - Tech Sampai Kedut! >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Kegunaan Dan Aplikasi Utama Mykad ~ Rongaktech - Tech Sampai Kedut! >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Kegunaan Dan Aplikasi Utama Mykad ~ Rongaktech - Tech Sampai Kedut! >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    BalasPadam

RongakTech Komeng port